Apa itu BITCOIN?
Bitcoin adalah matawang digital , dicipta dan digunakan secara maya. Tiada siapa mengawal nya.
Bitcoin tidak dicetak seperti MYR (Ringgit Malaysia) mahupun USD. Ia dicipta oleh Satoshi Nakamoto pada 31 Oktober 2008 . Bitcoin menggunakan P2P cash system dan ia adalah sumber terbuka.
Bagaimana Bitcoin berfungsi ?
Seperti saya , menggunakan bitx iaitu dompet bitcoin / bank bitcoin untuk menyimpan setiap bits yang kita beli mahupun jual.
Setiap bitcoin menggunakan alamat unik hash untuk setiap transaksi , setiap transaksi adalah anonymous , tanpa nama , tanpa alamat , tanpa ip . ia adalah sangat sangat privasi dari segi undang-undang.
Setiap transaksi ada lejer yang disimpan didalam blockchain , disana merangkumi pelbagai alamat transaksi pengguna jual/beli , Cuma kita tidak tahu siapa yang empunya alamat bitcoin tersebut.
Setiap transaksi tidak boleh dipindah milik semula , “Engkau punya Engkau punya , nak minta balik ? Sorry la bro .” ia tidak sama menggunakan wang kertas atau perbankan secara talian.
Selepas transaksi , Alamat penerima akan berubah setiap transaksi yang sah dan Berjaya.
Apakah kesan jika BitCoin ini digunakan secara menyeluruh?
Kesan nya kepada perbankan dan matawang kertas akan jatuh , yang kaya tiada apa-apa melainkan kertas sahaja. tetapi jika kita pakar I.T ? maka kita akan jadi kaya , pengodam menjadi kaya raya , transaksi tidak dapat dikesan , maka segala "value" tidak bermakna lagi.
btw , dulu harga bitcoin pernah jatuh seketika kerana digodam. selepas itu kembali pulih.