Saturday, 7 February 2015

U Mobile Pilihan Terbaik




Apakah 'boom factor' disebalik penjualan kad sim tersebut? Ya, data tanpa had ataupun Unlimited Data Without Quota. Ia sememangnya melalui 'pintu belakang', namun dengan wujudnya pintu belakang itu, pengguna menikmati data tanpa had, seterusnya iklan dari mulut ke mulut pun berlangsung, lalu secara tak langsung juga jualan kad sim menggila.

Namun, hampir di penghujung tahun 2014 juga memperlihatkan kemurungan, kerana apabila 'pintu belakang' ini ditutup, ditambah lagi dengan bebanan PPU, para pengguna yang sudah terbiasa dengan data tanpa had kini dilanda depresi. Dukacita apabila telefon pintar kini hanya menjadi separuh pintar sahaja apabila kuota itu 'kembali'.

Dipendekkan cerita saya yang sememangnya sudah panjang berjela ini, apa yang membuat saya tertarik kepada U Mobile ialah:

1. Tiada PPU selepas habis kuota!

2. Kelajuan cuma diperlahankan, tetapi masih lagi boleh digunakan untuk melayari internet.

3. Data percuma untuk strim YouTube dan Tonton setiap hari sebanyak 500MB! Dari pukul 2 pagi hingga 10 pagi, dan jika anda sudah menggunakan data tersebut sehingga habis, kelajuan cuma diperlahankan kepada 512kbps. Data ini akan diperbaharui setiap hari! Servis ini adalah percuma sehingga 15 Mei 2015, dan selepas itu ia akan dicaj sebanyak RM3. Hey, ok la tu!

4. Saya suka warna oren.

5. U Mobile ada duta yang kacak iaitu Dafi. Jadi penggunanya juga adalah kacak.


Ok nombor 4 dan 5 itu cuma jenaka selingan. Tetapi bagi saya 'boom factor' adalah nombor 1 hingga 3. Setiap pagi sebelum memulakan kerja, dari pukul 7 hingga lebih kurang pukul 9, saya akan cuba untuk habiskan kuota 500MB untuk YouTube tersebut. Ini adalah jauh lebih baik berbanding PPU, juga jauh lebih baik dari sambungan internet yang diputuskan terus selepas menjejak kuota.




No comments:

Post a Comment