Monday 9 October 2017

3 Tools terbaik yang boleh digunakan dengan Command Prompt Windows

Penggunaan command prompt di dalam sistem operasi Windows sudah menjadi satu kemestian bagi pekerja IT seperti IT Admin, Juruteknik Komputer dan lain-lain. Banyak kegunaan lain yang boleh dimanfaatkan melalui command prompt.

Jika anda tidak pasti sama ada arahan-arahan tertentu boleh digunakan dalam command prompt atau tidak, anda boleh menaip sebarang arahan dan diikuti dengan /? untuk mengesahkannya.
Command prompt biasanya diakses melalui butang Start Windows > Run > taipkan cmd (pada Windows XP) atau melalui butang Start Windows > Kotak carian > Taipkan cmd (Windows 7). Bagi pengguna Windows 7 dan ke atas, adalah dinasihatkan supaya anda memilih ‘Run as administrator’ dengan cara klik kanan pada ikon cmd tersebut.
Berikut adalah antara tools sangat berguna yang boleh digunakan melalui command prompt seperti:

System File Checker

SfcPada kebiasaannya Windows boleh mengesan sebarang kehilangan fail sistem dan menggantikannya secara automatik tanpa pengetahuan pengguna. Namun, ada masanya berlaku kesilapan dan fail boleh menjadi korup atau tersalah versi. Hal ini kadangkala Windows pun boleh tersalah pandang hingga berlaku masalah ketika proses instalasi dan mengganggu rentak kerja pengguna.
Oleh itu, Windows menyertakan arahan System File Checker ke dalam command line yang mampu mengesan ribuan fail-fail asas Windows dan membandingkannya jika berlaku sebarang ralat pada fail-fail. Jika ada fail yang tidak sepadan, Windows akan menggantikannya semula dengan fail sistem yang asal.
Untuk menggunakannya, taip sfc pada command prompt dan diikuti dengan jarak (space) dan mana-mana masukan arahan seperti berikut;
  • /scannow: Ia akan memberikan imbasan segera pada sistem anda dan ia akan menggantikan mana-mana fail yang perlu penggantian. Selepas proses imbasan selesai, anda diperlukan supaya memulakan semula (restart) Windows.
  • /scanonce: Ia akan memulakan imbasan sebaik sahaja anda memulakan semula sistem komputer anda.
  • /scanboot: Ia akan menjadualkan pengimbasan setiap kali anda memulakan semula sistem komputer.
  • Revert. Ia akan mengembalikan semula tetapan System File Checker ke tetapan asal. Misalnya, fungsi /scanboot boleh dimatikan dengan arahan ini.

Check Disk

chkdskFungsi ini akan membaiki sebarang ralat sistem, mengesan sektor buruk (bad sector) dan mendapatkan kembali maklumat yang masih boleh digunakan dari sektor buruk (bad sector) yang terlibat. Masa yang diperlukan untuk melakukannya selalunya sangat panjang terutamanya jika melibatkan keseluruhan cakera keras (hardisk).
Cara menggunakan fungsi check disk pada command prompt adalah dengan menaip chkdsk, diikuti dengan jarak dan masukkan antara salah satu pilihan di bawah;
  • Volume. Jika anda inginkan keseluruhan hardisk diimbas, masukkan huruf pemacu (drive) berkenaan.
  • Filename. Anda boleh menggunakan chkdsk ini untuk memeriksa satu atau sebilangan fail
  • /F. chkdsk akan segera melakukan segala pembetulan
  • /R. Ia akan memaksa pilihan chkdsk untuk mencari sektor buruk (bad sector) dan mendapatkan semula maklumat daripadanya. Jika chkdsk tidak boleh kerana sistem Windows sedang digunakan, ia akan meminta anda jalankan arahan ini selepas memulakan semula (restart) Windows. Ini adalah pilihan yang anda akan gunakan untuk imbasan yang paling menyeluruh kerana ia juga akan melibatkan fungsi /F.

Ipconfig

Fungsi ini amat berguna bagi anda menguruskan maklumat berkaitan TCP/IP pada rangkaian. Ia boleh digunakan untuk memeriksa alamat IP komputer, membuatkan ia melepaskan atau memperbaharui alamat IP dan juga boleh menyingkirkan cache DNS tempatan (local DNS cache).
Untuk menggunakannya, taipkan ipconfig pada command prompt dan seterusnya ia akan memaparkan maklumat berkaitan alamat IP pada setiap adapter rangkaian komputer anda. Beberapa fungsi tambahan lain boleh diperoleh dengan memasukkan arahan seperti berikut:
  • /all. Maklumat yang lebih terperinci berkaitan rangkaian akan dipaparkan termasuk bila alamatnya secara automatik ditetapkan oleh DHCP berserta maklumat tempoh luputnya.
  • /release. Gunakan pilihan ini untuk melepaskan seluruh alamat IP yang ditetapkan oleh DHCP. Harus diingat, rangkaian anda akan terputus sebaik sahaja arahan ini digunakan dan biasanya akan akan memerlukan arahan /renew pada langkah seterusnya.
  • /renew. Pilihan ini digunakan untuk melepaskan dan memperbaharui tetapan alamat IP yang diberikan melalui DHCP. Ia akan memaksa komputer anda melakukan penyambungan semula ke server ISP (bergantung kepada setup rangkaian anda) dan ia sangat berguna di dalam kerja-kerja yang melibatkan rangkaian.
  • /flushdns. Pilihan ini digunakan untuk menyingkirkan cache DNS tempatan. DNS adalah sistem penamaan nama domain bagi membantu pengguna melayari Internet. Setiap komputer dalam Internet mempunyai alamat unik seperti nombor telefon seperti www.anakaskarpencen.com kepada alamat IP. Cache nya adalah maklumat DNS yang disimpan di dalam storan komputer supaya ia tidak lagi perlu mencarinya di dalam server DNS pada setiap kali.
 sumber~anakaskarpencen

1 comment:

  1. They wonder how they will track down who they think owns their number and what kind of personal information they could wind up with if they were to use a site that specializes in tracing credit card numbers and such.
    You can visit our website: dark web links

    ReplyDelete