PERIBAHASA bahasa Inggeris A complaining tongue reveals an ungrateful heart bermaksud mulut yang sering merungut mempamerkan peribadi yang tidak bersyukur.
Lebih banyak anda mengeluh, lebih banyak masalah yang akan dihadapi.
Sebenarnya, lebih banyak tenaga negatif disalurkan kepada orang lain, ia secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada orang di sekeliling yang sentiasa mendengar keluhan demi keluhan itu.
Misalnya di tempat kerja, ada rakan sekerja yang sering merungut setiap masa lebih-lebih lagi terhadap perkara yang kecil dan tidak penting, individu itu sebenarnya berada dalam kategori toksik.
Bagi kerja sedikit bunyi, kalau bagi kerja banyak lagilah berbunyi.
Tidak cukup mengeluh dengan setiap kerja yang diberikan, individu toksik ini juga akan 'berkempen' kepada rakan sekerja lain tentang betapa payahnya kerja yang perlu dilaksanakan.
Pelik bukan? Mereka ini diberi gaji untuk bekerja atau mengeluh ya?
Ciri yang kedua ini penting.
Merak Jalanan menyarankan anda supaya berhati-hati memilih kawan.
Ada kawan yang sering bercerita tentang masalah peribadi dan menyalahkan pasangannya dalam setiap perkara. Normalkah itu?
Sekali-sekala mengadu itu OKlah, tetapi kalau setiap kali berbual, asyik hal pasangan yang buruk-buruk sahaja disampaikan, nampak macam tidak sesuailah.
Bagi Saya, individu ini hanyalah mengelakkan diri mereka daripada dipertanggungjawabkan atas kesalahan yang terjadi.
Ciri ketiga mengikut pemerhatian Saya ialah, sentiasa memperlekeh pendapat orang lain depan orang ramai seolah-olah dia seorang sahaja yang pandai.
Hal ini juga sering berlaku di antara pasangan suami isteri. Menakutkan bukan?
No comments:
Post a Comment