Wednesday, 4 December 2024

Cara selamatkan peti ais tenggelam banjir

 


Komponen penting iaitu PCB perlu dipastikan benar-benar kering sebelum menghidupkan suis peti ais.

Kali ini, saya kongsikan cara untuk menyelamatkan peti ais yang ditenggelami banjir sebagaimana perkongsian di Facebook Kelate Loni.

1) Awas! Jangan sesekali menghidupkan suis peti ais sebaik sahaja banjir surut.

2) Sebaliknya, bersihkan dahulu bahagian dalam dan luar peti ais sehingga tiada lagi lumpur atau pasir yang melekat

3) Peti ais yang mempunyai (papan litar tercetak) atau kotak PCB di bahagian belakang, juga perlu dibersihkan agar 'bebas' tanah serta lumpur

4) Biarkan peti ais kering sepenuhnya, sekurang-kurangnya selama lima hari

5) Apabila sudah benar-benar kering, cuba hidupkan suis. Insya-Allah, peti ais boleh digunakan kembali. Semoga bermanfaat!


No comments:

Post a Comment